Langkah 1

                                                                                                                        (10 minit)

Baca petikan di bawah

DusunBuah-buahan


  Pada musim buah-buahan yang lepas, bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung.Kami berkunjung kesana dengan menaiki kereta bapa yang baharu.
          Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan terbuka.Kemudian, beliau membawa kami melawat dusunnya. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya termasuklah pokok durian, pokok manggis, pokok rambutan dan sebagainya. Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
         Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Baubuah durian sungguh harum dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan di dalam bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat.
          Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut. Datuk mengopek buah durian untuk kami.Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian. Selain itu,kami juga menjamah buah manggis dan langsat.
          Sebelum pulang, datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan. Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk. Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah.
           Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya. Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang kedusun lagi pada masa akan datang.

Arahan langkah 1
1.Sila baca petikan di atas dengan teliti.
2.Sila nyatakan maksud keseluruhan petikan mengikut kefahaman anda sendiri.
3.Dalam kumpulan ,sila bincang kebaikan buah-buahan kepada kesihatan.
4.Setiap kumpulan akan hantar wakil untuk membentangkan hasil dapatan perbincangan tadi.