Langkah 2

                                                                         (15 minit)
Penerangan kata adjektif.

DEFINISI 

JENIS KATA ADJEKTIF


1. Murid diminta menyatakan maksud kata adjektif mengikut kefahaman sendiri.

2. Murid diminta menyatakan rasa buah betik yang di tunjukkan oleh guru.

3. Guru membuat penjelasan menghubungkaitkan dengan kata adjektif.

4. Murid diminta mengariskan kata adjektif yang terdapat dalampetikan kebun buah-buahan


Definisi

Difinisi kata adjektif
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenalpasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan kata penguat bebas yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

1.Kata penguat hadapan (terlalu, paling, agak, begitu )
Contoh ayat: -Pokok di belakang rumah Ali terlalu rendang.

2.Kata penguat belakang (sekali, benar, nian,betul )
Contoh ayat: -Rumah di atas bukit itu cantik betul.

3.Kata penguat bebas(amat ,sangat, sungguh)
Contoh ayat: -Pakaian pemuda itu kemas amat.

Jenis kata adjektif

1.Kata adjektif sifatan
2.Kata adjektif warna
3.Kata adjektif ukuran
4.Kata adjektif bentuk
5.Kata adjektif waktu
6.Kata adjektif jarak
7.Kata adjektif cara
8.Kata adjektif perasaan
9.Kata adjektif pancaindera